Salam semua! Jom kita belajar sikit tentang kitaran haid dan peluang untuk hamil. Contoh situasi kita bulan ni bulan Mei. Katakan anda dijangka turun haid pada 30 Mei. Jadi kalau anda bersama suami pada 28 Mei, boleh ke anda hamil?
Nak tahu jawapannya, kita kena faham sikit pasal kitaran haid wanita. Wanita ni ada tiga fasa dalam kitaran haid dia. Kalau anda bersama dua hari sebelum haid, anda sebenarnya berada dalam fasa luteal. Fasa luteal ni adalah fasa di mana dinding rahim menebal, bersedia untuk penempelan janin kalau ada telur yang disenyawakan. Fasa ni berlangsung selama lebih kurang 14 hari.
Katakan haid anda dijangka 30 Mei, bermakna ovulasi anda mungkin berlaku sekitar 17 Mei. Selepas ovulasi, penempelan boleh bermula seawal 6 hari selepas telur disenyawakan. Ini bermakna, dari hari ke-6 selepas ovulasi, iaitu 23 Mei, adalah masa yang penting. Kalau ada hubungan seks waktu ni, kemungkinan untuk penempelan terganggu adalah tinggi sebab orgasme boleh menyebabkan kontraksi rahim.
Jadi, kalau anda bersama dua hari sebelum haid, besar kemungkinan penempelan dah berlaku atau sedang berlaku. Peluang untuk hamil memang ada tapi rendah sebab telur yang disenyawakan tu dah berada dalam proses penempelan. Kalau ada kontraksi waktu ni, ia boleh mengganggu proses tu dan anda mungkin dapat haid seperti biasa.
Tapi kalau anda bersama pada 17 Mei, masa ovulasi, telur yang disenyawakan tu masih dalam perjalanan ke rahim. Kalau ada hubungan seks masa ni, kontraksi rahim akibat orgasme boleh menyebabkan penempelan tak kukuh dan haid pun akan turun seperti biasa.
Jadi, tips dia, dari hari ke-6 selepas ovulasi, elakkan bersama untuk support penempelan janin. Dan kalau anda dah detect UPT positif, elakkan bersama sampai doktor confirm kedudukan uri masa scan nanti. Sebab kalau uri rendah atau tutup jalan lahir, hubungan seks boleh menyebabkan pendarahan atau komplikasi lain.
Kalau anda nak lebih info tentang hal ni, jangan lupa follow akaun ni. Kita belajar sama-sama untuk kesihatan reproduktif yang lebih baik.
Ingat, fahami kitaran haid anda untuk merancang kehamilan dengan lebih bijak. Semoga bermanfaat!
Mulakan perjalanan ikhtiar hamil anda di http://impianhamil.com